Elemen2 FPK
1. “Pendidikan Suatu Usaha Berterusan”.
- Pendidikan
merupakan satu proses yang berterusan sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi
sehinggalah kita meninggal dunia.
-Proses pemerolehan, pemindahan pengetahuan
dan penerapan nilai-nilai murni dalam pendidikan
Pendidikan sudah bermula sejak kita berada dirumah
lagi, seterusnya pendidikan secara formal di sekolah, institut pengajian tinggi
dan sebagainya.
-membolehkan berlakunya perkembangan ilmu yang kritikal, seimbang dan mampu
untuk melahirkan modal insan yang menjadi matlamat utama negara kita pada masa
sekarang.
2. memperkembang potensi individu.
-Potensi individu ini boleh dibahagikan pula kepada 4 iaitu unsur intelek, jasmani, emosi, dan rohani. Melalui pendidikanlah potensi individu boleh di perkembangkan dan di gilap. Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan. Unsur emosi pula ialah berkaitan dengan jiwa individu yang mana memberi kawalan kuat kepada semangat perpaduan dan sebagainya. Perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik.
Unsur rohani pula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya. Unsur intelek iaitu berkaitan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah sukar dapat diselesaikan dengan tepat.
3.Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu.
-Perkembangan
secara menyeluruh dan bersepadu ini merangkumi perkembangan individu yang
maksima pada jalan atau cara yang tepat bagi membantu menggilap potensi yang
ada dalam diri individu tersebut.
4. Insan yang seimbang dan harmonis.
-Maksud seimbang dan harmonis
disini ialah insan yang berilmu pengetahuan, mempunyai akhlak mulia, percaya
dan yakin kepada tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, sihat tubuh
badan, serta matang dari segi emosi dan sosialnya.
- Insan yang seimbang dan
harmoni ini mempunyai jasmani, emosi, rohani dan intelek yang telah
diperkembangkan secara kritikal dan bersepadu.
5. Kepercayaan dan kepatuhan kepada
tuhan.
-Perkara ini memberi penekanan kepada beberapa perkara penting seperti
mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusi dan alam dijadikan oleh Pencipta,
mengetahui tentang percaturan yang telah dilakukan oleh Tuhan, faham bahawa
manusia dijadikan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini dan bertanggungjawab
terhadap apa yang dilakukan, menjauhi kemungkaran dan melakukan kebaikan,
mengikuti dan mengamalkan ajaran agama, dan yang terakhir sekali ialah sentiasa
mengukuhkan kepercayaan beragama.
6. Berilmu pengetahuan yang dimaksudkan disini ialah mereka yang sentiasa
bersedia berkongsi ilmu dan menggunakan ilmu untuk manfaat bersama. Antara ciri-ciri
individu yang berilmu pengetahuan ialah individu yang mencintai ilmu
pengetahuan, minat mentelaah, berfikiran global, berusaha berkongsi ilmu dan
menambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.
7. Rakyat Malaysia yang berketrampilan
- iaitu rakyat yang
bukan sahaja berilmu pengetahuan, malahan rakyat yang mahir dalam melakukan
tugasan dan mampu menjadi rakyat yang inovatif. Selain itu, rakyat yang
berketrampilan juga merupakan rakyat yang melaksanakan amanah yang diberikan
kepadanya dengan adanya kemahiran yang tepat dan bersesuaian dengan kehendak.
8. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia merupakan unsur yang seterusnya dimana
perkara utama yang dituntut adalah rakyat yang mampu untuk menilai mana satu
yang baik dan mana satu yang buruk. Kebolehan berfikir jauh dalam menimbang
kesan dan akibat sesuatu perkara dan yakin dalam perkara murni yang dilakukan
merupakan ciri-ciri yang perlu ada dalam rakyat Malaysia yang berakhlak mulia.
9.Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab.
-Undang-undang, perlembagaan
negara perlulah dihoramati dan dipatuhi agar keamanan negara, perpaduan kaum
dan kemasyhalatan masyarakat dapat dijaga dan diteruskan.
10.Rakyat Malaysia yang
mampu menikmati kesejahteraan diri iaitu yang berupaya menangani masalah hidup,
mampu berfikir secara waras, mempunyai tubuh badan sihat dan mempunyai
kemahiran dalam menjalin perhubungan yang baik dengan orang lain
11.Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, dan negara.
-Wujudnya rakyat
Malaysia yang mampu memberi sumbangan akan membantu pembangunan negara dengan
melahirkan keluarga yang harmoni dan mempunyai nilai-nilai murni seperti
semangat kerjasama dan perpaduan serta mampu menguasai teknolongi dan ilmu-ilmu lain bagi memaksimakan
pembangunan negara kita.
No comments:
Post a Comment